3 TIPS MERAWAT RESDUNG – PROVEN

Resdung ataupun di kenali sebagai Sinus adalah penyakit yang disebabkan oleh inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Adakah hidung anda gatal dan berair, kerap bersin dan mata terasa gatal? Gejala ini akan menjadi teruk terutamanya apabila terdedah kepada habuk dan asap kenderaan atau selepas bermain dengan kucing.

ubat resdung

Jika anda mempunyai simptom-simptom tersebut, ini berkaitan dengan resdung (Allergic Rhinitis). Resdung berlaku disebabkan oleh sistem imun yang bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia seperti berbahaya. Ini akan membawa kepada penghasilan sejumlah bahan kimia yang menyebabkan lapisan dalam hidung (membran mukosa) menjadi dan lendir yang berlebihan akan terhasil.

Agak sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada semua alergen, tetapi anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan terhadap alergen tertentu yang anda ketahui atau syaki yang boleh menyebabkan resdung menjadi lebih teruk. Ini akan membantu mengurangkan gejala bagi resdung.

Kenali Apa Itu Resdung?

Apakah itu resdung

Alergen adalah komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis”, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu.

Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.

Ramai yang tidak tahu, resdung ini terbahagi kepada dua kategori.

Pertama, resdung bermusim. Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.

Kedua, resdung yang berpanjangan. Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.

Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.

Apabila badan anda berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh anda daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. 

Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah:

  • Hama debu
  • Bulu atau kulit mati dari haiwan peliharaan
  • Air liur kucing
  • Kulapuk

Terdapat dua jenis resdung yang mungkin anda tidak ketahui. 

2 Jenis Resdung

Resdung akut dan resdung kronik. Resdung akut berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung anda. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.

Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-ciri resdung akut ialah :-

  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:-

Ciri-ciri Resdung
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Anda tidak demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit pada bahagian kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan akan berbau busuk

10 TANDA-TANDA RESDUNG

10 Tanda Resdung

Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini pada seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

Anda seharusnya peka dengan keadaan kesihatan anda, lebih-lebih lagi tanda-tanda resdung kerana ia dapat mengenal pasti bahawa anda menghidapi penyakit ini. Berikut merupakan tanda-tanda resdung yang mungkin berlaku pada diri anda:-

1. Mengalami Hidung Berair Dan Tersumbat

Anda sering mengalami masalah hidung berair dan tersumbat. Tidak kira pagi sehinggalah pada waktu malam hidung anda akan berair dan tersumbat. Ia akan menyebabkan kesukaran untuk anda tidur dengan lena.

Ia merupakan tanda-tanda resdung yang kerap berlaku kepada sesiapa sahaja yang kurang prihatin dan peka akan kesihatan dirinya.

2. Sering Kali Bersin Di waktu Pagi

Tanda-tanda resdung yang seterusnya adalah jika mereka yang mempunyai atau ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi ataupun pada waktu yang sejuk.

Daripada kerap kalinya anda bersin diwaktu pagi, ia akan menimbulkan warna kemerahan pada hidung anda. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang biasa bagi para pesakit resdung.

3. Kelopak Mata Anda Sering Mengalami Kegatalan

Anda akan merasa kegatalan yang melampau pada kelopak mata anda sehingga sampai satu tahap anda tidak mampu menahannya sehingga anda terpaksa mengosoknya. Ia akan menyebabkan mata anda menjadi kemerahan.

Ia merupakan tanda-tanda resdung yang amat sukar untuk dipercayai kerana sering kali untuk anda mudah berasa gatal pada bahagian tersebut.

4. Mulut dan Nafas Berbau

Tanda-tanda resdung yang membuatkan anda sukar untuk percaya adalah pernafasan dan mulut anda akan berbau. Nafas dan mulut bagi penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau.

Walaupun anda sudah memakan atau pun telah menggunakan Listerine, ia tetap juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan walaupun peratusannya adalah sedikit.

5. Tidur Berdengkur

Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila mereka tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat yang disebabkan lendir yang begitu banyak.

Anda juga akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung. Ia merupakan tanda-tanda resdung yang kurang digemari oleh semua individu.

6. Hilang Deria Bau

Tanda-tanda resdung yang seterusnya adalah apabila penyakit resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik.

Ia merupakan satu tahap yang sangat merbahaya kerana anda telah kehilangan deria bau anda akibat penyakit resdung ini. Agak sukar untuk mengharungi kehidupan seharian tanpa boleh deria bau. Sebelum ianya berlaku, anda perlu merawat resdung anda secepat mungkin supaya tidak bertambah teruk.

7. Selsema Yang Berpanjangan

Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah anda tidak mampu untuk menahannya lagi.

Selsema ini disebabkan masalah resdung yang anda hidapi. Jadi ia merupakan tanda-tanda resdung yang mudah untuk diketahui. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar dalam mengatasi masalah resdung ini.

8. Jerawat Tumbuh dan Sukar Hilang

Bagi remaja khususnya, tanda-tanda resdung yang mudah untuk diketahui adalah muka anda akan dinaiki jerawat yang agak teruk samada di bahagian muka atau di bahagian badan.

Ia akan menyebabkan kesukaran untuk anda berhubung dengan dunia luar terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain akibat jerawat yang tumbuh pada wajah anda terutamanya. Menghilangkan jerawat juga bukan suatu yang mudah.

9. Sakit Kepala Tetapi Bukan Migrain

Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain. Sebenarnya ia juga merupakan tanda-tanda resdung. Untuk mendapatkan maklumat yang sahih, anda anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk kepastian.

10. Alahan Apabila Makan Makanan Yang Terperap Atau Makanan Laut

Ia merupakan tanda-tanda resdung yang biasa dialami. Rasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya.

 Hal ini kerana, makanan ini lazimnya memang akan menjadikan anda gatal-gatal, bahkan mungkin juga ia akan berasa gatal pada tubuh badan anda yang lain juga.

Tanda-tanda resdung yang lain adalah:

  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Kelesuan

Cara Merawat Resdung

Cara Merawat Resdung

Sudah tentu kita semua tahu bahawa resdung adalah masalah yang biasa dialami. Walaupun penyakit ini boleh menjadi sangat mengganggu, anda tidak perlu risau kerana ia boleh dirawat dengan cara yang sihat dan selamat. Dalam artikel, terdapat beberapa tips untuk merawat resdung anda dengan mudah dan berkesan.

Ada 3 cara yang berkesan untuk merawat dan hilangkan resdung.

Strategi pertama adalah dengan menjauhkan diri daripada alergen. Kedua, mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan simptom dan ketiga, mengambil suntikan immunoterapi.

Hindari alergen untuk hilangkan resdung

Cuba kenal pasti punca alahan dan elakkannya. Pastikan cadar, sarung bantal, tilam, karpet dan sebagainya bersih daripada sebarang habuk.

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan yang menyebabkan anda mengalami simptom resdung, cuba mandikannya sekali seminggu dan jauhkan ia daripada kawasan bilik atau perabot.

Ubat Penyakit Resdung

Ubat-ubatan

Jika anda kerap mengalami alergi rhinitis, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan sebagai satu cara untuk merawat atau hilangkan resdung tersebut.

Ubat yang doktor berikan kepada pesakit mungkin berbeza mengikut keseriusan simptom penyakit resdung yang dialami.

Selain itu, doktor juga akan mengambil kira faktor lain seperti umur dan sama ada anda mempunyai asma ataupun tidak sebelum memberi preskripsi ubat.

Sebagai contoh, doktor mungkin akan mencadangkan ubat-ubatan seperti:

Antihistamin

Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat resdung. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin.

Antara antihistamin yang sering digunakan termasuklah:

  • Fexofenadine (Allegra)
  • Diphenhydramine (Benadryl)
  • Desloratadine (Clarinex)
  • Loratadine (Claritin)
  • Levocetirizine (Xyzal)
  • Cetirizine (Zyrtec)

Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.

b)“Decongestant”

Anda boleh menggunakan ia dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan inus. Menggunakannya untuk masa yang lama boleh menyebabkan “rebound effect”, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala akan menjadi lebih teruk.

“Decongestant” yang biasa digunakan termasuklah:

  • Oxymetazoline
  • Pseudoephedrine (Sudafed)
  • Phenylephrine (Sudafed PE)
  • Cetirizine dengan pseudoephedrine (Zyrtec-D)

Jika anda mengalami degupan jantung yang tidak normal, penyakit jantung, sejarah strok, kegelisahan, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, atau masalah pundi kencing, bincang dengan doktor sebelum menggunakan ubat ini.

c) Ubat titis mata dan semburan hidung

  • Kedua-dua rawatan ini boleh membantu melegakan kegatalan dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan alergi bagi masa yang singkat. Walau bagaimanapun, bergantung pada jenis produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan ubat ini bagi jangka masa yang panjang.
  • Seperti “decongestant”, penggunaan yang berlebihan bagi ubat titis mata dan semburan hidung boleh menyebabkan “rebound effect”.
  • Kortikosteroid boleh membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas imun. Ia tidak menyebabkan “rebound effect”. Penyembur hidung steroid biasanya disyorkan sebagai rawatan jangka masa panjang, berguna untuk mengurangkan gejala alergi.
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan rejimen bagi sebarang rawatan resdung untuk memastikan anda mengambil ubat yang terbaik untuk gejala anda. Doktor juga boleh membantu menentukan produk mana yang sesuai untuk kegunaan jangka masa pendek dan yang direka untuk rawatan jangka masa panjang.

Ikhtiar Dengan Bekam Resdung

Bekam resdung, juga dikenali sebagai bekam muka, adalah satu bentuk terapi bekam khusus yang menyasarkan secara khusus resdung dan muka.

Teknik ini telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan dan salah satunya membantu merawat resdung.

bekam resdung

Keberkesanan Bekam Resdung untuk Pelbagai Penyakit

Bekam sinus atau bekam resdung, satu bentuk terapi bekam tradisional yang khusus, telah mendapat perhatian kerana kelebihannya untuk menangani pelbagai masalah kesihatan, termasuk jerawat, sakit kepala, bersin berpanjangan, migrain dan stress.

Kaedah ini melibatkan meletakkan cawan pada titik sinus tertentu pada muka dan belakang, bertujuan untuk meningkatkan peredaran, menggalakkan penyingkiran toksin, dan merangsang proses penyembuhan semula jadi badan.

Bekam Resdung Membantu Merawat

Jerawat
Dengan meningkatkan aliran darah dan mengurangkan keradangan, bekam resdung boleh membantu dalam membersihkan pori-pori tersumbat dan mengurangkan pertumbuhan jerawat, menawarkan kulit yang lebih bersih dan sihat.

Sakit kepala dan Migrain
Kesan sedutan yang disasarkan dalam bekam resdung dipercayai dapat melegakan ketegangan otot di sekitar kawasan kepala dan leher, sekali gus mengurangkan kekerapan dan intensiti sakit kepala dan migrain.

Bersin dan Masalah Resdung Berpanjangan
Bekam sinus boleh membantu dalam mengalirkan sinus, dan mengurangkan ketidakselesaan yang berkaitan dengan jangkitan sinus dan episod bersin yang berpanjangan.

Stress
Kesan sedutan daripada cawan membantu dalam meredakan ketegangan otot, menggalakkan kelonggaran, dan dengan itu mengurangkan gejala fizikal yang berkaitan dengan tekanan dan kebimbangan.

Sakit Pinggang

Bekam juga membantu anda yang kerap menghadapi sakit belakang dan merawat masalah sakit pinggang.

Adalah penting untuk mendapatkan rawatan daripada ahli terapi bertauliah seperti di Al Hijamah yang berpengalaman dalam bekam resdung atau bekam sinus untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan.

Jadi, jika anda sedang mencari pendekatan holistik untuk menangani pelbagai masalah resdung, migrain, dan bersih berpanjangan, bekam resdung mungkin patut anda pertimbangkan.

Bagaimana Bekam Resdung di Lakukan

bekam resdung

Bekam resdung adalah terapi unik dan holistik yang melibatkan penggunaan cawan yang kecil dan khusus. Cawan ini diletakkan dengan berhati-hati pada bahagian tertentu muka dan belakang, terutamanya di sekitar kawasan sinus.

Setelah diletakkan, cawan mencipta kesan vakum atau sedutan pada kulit. Sedutan ini membantu merangsang peningkatan aliran darah ke kawasan tersebut, yang seterusnya boleh mengurangkan keradangan dan menggalakkan penyembuhan.

Di samping itu, proses ini dipercayai memudahkan penyingkiran toksin dari badan dengan meningkatkan peredaran limfa. Kesan keseluruhan adalah pendekatan terapeutik yang boleh menawarkan kelegaan daripada tekanan sinus dan menyumbang kepada rasa kesejahteraan umum.

Bekam Sunnah dari Al Hijamah.com

Bekam muka

Di Al-Hijamah.com, kami pakar dalam teknik bekam moden, termasuk rawatan bekam resdung atau bekam sinus dan darah yang terkenal, untuk menggalakkan penyembuhan, kesejahteraan dan keseimbangan.

Kami beroperasi di 1 Malaysia, dan mempunyai lebih 100 juruterapi lelaki dan wanita di seluruh Malaysia. Kami juga menawarkan rawatan bekam terus ke rumah, pejabat, kilang, hotel atau kedai anda untuk memudahkan proses rawatan bekam khas untuk anda.

Juruterapi bertauliah kami amat komited untuk menyediakan pendekatan holistik kepada kesihatan anda, memanfaatkan amalan sunnah yang telah diperhalusi dan disahkan sejak berabad-abad lamanya.

Perkhidmatan kami direka dengan teliti untuk menangani pelbagai masalah kesihatan, daripada sakit kronik dan keradangan kepada tekanan dan kesesakan sinus. Kami berbangga dengan keupayaan kami untuk menawarkan pelan rawatan yang diperibadikan yang memenuhi keperluan unik setiap pelanggan.

Keselamatan, keselesaan dan keberkesanan adalah teras amalan kami, memastikan setiap sesi di Al-Hijamah.com bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan anda. In shaa Allah.

Sama ada anda perlukan bantuan daripada penyakit tertentu atau hanya ingin meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan anda, Al-Hijamah.com sedia untuk membimbing anda melalui rawatan berbekam. Alami manfaat mendalam terapi bekam dalam suasana yang tenang dan profesional bersama kami. Hubungi atau layari Al-Hijamah.com untuk mengetahui lebih lanjut dan set temu janji rawatan bekam sunnah anda hari ini.

Berminat nak cuba bekam resdung? www.wasap.my/60199194645/Bekam_Resdung/

Rawatan Bekam

Untuk anda yang area shah alam, nak bekam area shah alam atau klang, kami juga ada jurubekam area shah alam dan klang untuk membantu merawat pesakit di area sini.

KESIMPULAN

Penyakit resdung boleh membuat anda rasa tidak selesa. Namun, itu tidak bermakna tidak ada cara hilangkan resdung atau merawat resdung yang anda alami.

Kebanyakan pesakit yang mempunyai resdung boleh hidup seperti biasa dengan syarat mereka melakukan beberapa perubahan dari segi gaya hidup dan mengambil ubat dengan nasihat doktor.

Dengan ini, pesakit boleh merawat atau mencuba cara hilangkan resdung yang mereka alami seperti di atas.

Follow Youtube Channel kami >>> [di sini]

Artikel berkaitan : 13 Sebab kenapa anda perlu berbekam. Klik >>> [kelebihan berbekam] <<<

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top